Tuesday, December 28, 2010

Hari Pertama Operasi Rumah Waletku

Disini sy ingin berkongsi pengalaman cetek sy tentang apa yang telah saya lakukan pada hari pertama operasi. Biasanya ini dirahsiakan golongan tertentu..tetapi bagi saya tak perlulah dirahsiakan ilmu ini...sayapun tak punya ilmu..just meminjam ilmuNya....apa nak gusar, rezeki masing2...betul tak?Walaupun tak shebat tauke2 diluar sana, saya perlu berani mambuat keputusan sendiri berdasarkan pembacaan (internet,buku, risalah, dan perbincangan dengan member2 yang sudah lama berkecimpung). dan bijak menggunakan modal seciput ku ini.

 Oh ye, kepada rakan2 yang baru, saya sarankan baca buku yang ditulis oleh Hendry Mulia (Indonesia) dan Dr. Christopher (Malaysia). Buku ini banyak membantu kita yang baru merangkak....yang sudah lama just jeling2 jela sebab dah mahir.....hee gurau..

Hari pertama sya persiapkan diri masuk ke dalam rumah burung saya. INGAT....jan memakai baju yang ada bau PARFUME atau apa2 minyak wangi. JANGAN sesekali MEROKOK di dalam pesawat Walet..heeingat betul2 kalu mau berjaya....itu pesan tok guru...

 Langkah1
Saya kumpulkan tahi2 fresh dari rumah member dalam baldi dan diletakkan di sudut ruang nesting room. Seterusnya tambah sedikit air agar lembab. Tujuan: Untuk memastikan suasana alami walet di dalam rumah burung saya. Kalo boleh, letak banyak sedikit di rooving room...biar walet tersengih..hee. jan risau..tgok photo di bawah:




Langkah 2
Saya letakkan ammonia (serbuk, bukan liquid) dalam baldi dan caranya sama. Ini sesuai untuk rumah baru seperti saya. Biasanya tauke pakai jenis liquid, tapi saya tak pakai, mahal sangat....almaklumla tak....faham2lah..budjet seciput...tapi tak mematahkan semangat saya. Tujuannya pun sama..agar walet feel semacam dalam rumah burung kita...tengok..ada sudah tahinya..sori photo yg ni diambil selepas 1 bulan...


Langkah 3
Memandangkan Rumah burung saya tak cukup lembab, saya guna cara tradisional dengan meletakkan air tambah bata di tengahruang nesting room. Saya dapati kelembapan bertambah....supaya tau..check jam 10.00 malam......pastikan sekitar 85-90% kelembapannya. Jangan melebihi 95 takut kualiti sarang terjejas. dan jangan pulak kurang takut sarang rapuh......itu yang diajar....


Untuk sebarang persoalan atau cadangan sila hubungi saya (walet baru belajar terbang)
bieykhas@gmail.com.my

No comments:

Post a Comment